May 29, 2012

Nasi Minyak Gulai Daging Cap Ros

Selamat Pagi Semua...Selamat bercuti kepada anak-anak..Mana-mana yang balik kampung sempena cuti sekolah tentu seronok...kerana saya pada suatu ketika dahulu pun begitu jua...

Orang-orang di Ankara semuanya sihat..heheh..tapi anak-anak kami masih lagi bersekolah.Ada lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk anak2 kami bersekolah.13hb June adalah hari terakhir untuk anak2 saya bersekolah,lepas tu cuti panjang..Semester untuk persekolahan akan datang will be on next September...Hehehe...Lama dekat-dekat 3 bulan lepas tu kami start dengan semester baru.

Cuti lama-lama sudah semestinya kami tidak akan berada di Ankara.Saya dah plan nak bawak budak2 saya menghala ke Eropah,selama 37hari,kami akan berada di merata-rata tempat di Germany,Italy dan juga Perancis.

Tapi hari ni kita layan Nasi Minyak Gulai Daging Cap Ros dulu ye.Sebabnya dah lama sangat tak pekena Nasi Minyak Gulai Daging.Sewaktu kami di Malaysia,antara aktiviti cuti sekolah adalah balik ke kampung di Dungun dan setiap pagi adalah aktivi lepak di Gerai Nasi Minyak Che Long,di Jalan Batu 48 Dungun....kali ni Kak Pah masak sendiri je la...anak2 pun dah tanya bila nak buat nasi minyak ni...

Kenapa Gulai Cap Ros? Cap Bunga Tahi Ayam takde ke..heheh...mana ada...Seingat-ingat saya la...Rempah Gulai Cap Bunga Ros ni dah famous dari saya kecik-kecik lagi.Mak saya,mak saudara saya...kebanyakkannya akan guna Rempah Gulai Cap Ros ni la setiap kali nak mnggulai ayam dan daging.



Dua paket rempah yang berlainan jenis..gambar petama tu adalah rempah gulai dan rempah kedua tu adalah rempah masak.Mak saya bagitahu...Nak masak gulai dua jenis rempah ni mesti ada.Sudah tentu anda kalau nak try instruction nisbah kedua-dua rempah ni ada di belakang paket ni...senang je kan.Tapi untuk sekilo daging or ayam kalau menggulai saya lebih suka pakai 2 paket rempah gulai(gambar pertama)+1 paket rempah masak(gambar kedua) sebab kami makan gulai suka kalau rempahnya terasa.

NASI MINYAK GULAI DAGING REMPAH CAP ROS


Haaa..tu dia dari dua sudut pandangan berbeza...siap dengan Popadom lagi..Jangan tanya kat mana dapat Popadom tu..


Jom kita tengok camne saya menggulai daging guna rempah cap ros ni... : )

Bahan-bahan untuk Gulai Daging ( I kilo daging )
  • Daging 1 kilo ( saya guna daging batang pinang cepat lembut )
  • 10 ulas bawang merah ( nak tambah pun boleh tgk pada keadaan bawang tu le) *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1/2 inci lengkuas*
  • sedikit kunyit hidup ( saya guna 1/2 inci )*
( Kesemua bahan yang bertanda * hendakkan dikisar hingga lumat )
  • Cili Boh/Cili Kering blender secukupnya (saya guna 1 senduk cili boh)
  • Sedikit asam jawa (perah untuk air asam jawa)
  • Santan pekat 400ml (saya guna santan ready made dalam tin 400ml)
  • 1 cawan air bergantung kepada kepekat kuah...
  • Rempah Gulai Cap Ros 2 paket kecil (berat 12gm/sepeket)
  • Rempah Masak Cap Rose 1 paket kecil (berat 12gm/sepeket)
  • Minyak secukupnya untuk menumis....(saya guna 1/2 cawan)
  • Rempah 3 sekawan-Kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang untuk menumis.
  • 3 biji ubi kentang (belah 4)
Cara-cara menggulai : -
  1. Kesemua bahan yang diblender kita kita campurkan dengan rempah gulai dan rempah masak didalam satu bekas.Sebatikan adunan rempah dgn adunan blender.
  2. Kemudian guna 2 sudu besar adunan rempah untuk perapkan daging selama 15 minit.
  3. Sambil tu panaskan periuk dan masukkan minyak untuk menumis,tunggu hingga minyak betul-betul panas/pijar.
  4. Masukkan rempah 3 sekawan dahulu dan tumis hingga naik bau.
  5. Selepas itu masukkan kesemua adunan rempah dan juga cili boh dan tumis hingga betul-betul garing dan pecah minyak.
  6. Selepas pecah minyak baru la di masukkan air asam jawa dan tumis sebentar.
  7. Masukkan daging yg diperap dgn rempah tadi dam masak sehingga turun air daging..agak2 daging separuh masak boleh la di masukkan santan dan kacau rata.
  8. Perasakan dengan garam,gula(jika suka) dan serbuk perisa ajinomoto(jika suka)
  9. Masakkan sehingga daging empuk.Jika kuah terlampau pekat boleh la ditambah air mengikut kepekatan yang disukai dan masukkan ubi kentang.
So senang je kan..tapi itu adalah cara saya..rasanya ada perbagai cara untuk menggulai..sebenarnya tak la sesusah mana nak menggulai ni..kan..kan..kan...Selamat Mencuba...

Untuk Nasi Minyak...very simple sebenarnya tapi saya cuba Mrs Dayat punya resipi nasi Minyak from Myresipi.Semua bahan-bahan dan cara-cara adalah sama kecuali resipi asal menggunakan cara tumis darat iaitu mendidihkan air terlebih dahulu dan tumis bahan2 tumis berasingan,tapi saya guna periuk yang sama tumis kesemua bahan,masuk susu,air dan beras...gitu aja..So cara-caranya adalah seperti berikut: : -

Nasi Minyak
  1. 4 cawan beras basmathi - cuci bersih dan toskan airnya.
  2. 6 cawan air - mengikut jenis beras,tapi saya guna 6 cawan pasal Ankara suhu dia kering,kalau tak keras ler jawabnya)
  3. 1-2 biji bawang besar (mayang/hiris)
  4. 3-4 biji bawang putih (mayang/hiris)
  5. 2 inci halia(mayang/hiris)
  6. 1 cawan susu cair (saya guna 2 cawan fresh milk-Ankara takdak susu cair : ( 
  7. Sedikit minyak sapi untuk menumis.
  8. Sedikit pewarna kuning
  9. Sedikit kismis kuning dan gajus (saya tak guna pun instead saya ganti dgn bawang goreng)
  10. rempah 3 sekawan ( kulit kayu manis,pelaga,bunga lawang)
Cara-cara : -

  • Guna kan periuk nasi elektrik di atas dapur untuk menumis.Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi untuk menumis.Panaskan minyak sapi hingga cair dan panas.
  • Masukkan rempah 3 sekawan tumis hingga naik bau...baru la masukkan bawang besar,bawang putih dan halia yang telah dihiris tadi.Tumis kesemua bahan hingga naik bau dan layu ala-ala garing sedikit.
  • Selepas itu barulah masukkan susu cair dan tumis lagi,baru la masukkan air
  • Perasakan dengan garam,gula.rasa dahulu,sekira nya garamnya terasa dilidah barulah masukkan beras yang sudah dicuci dan ditoskan tadi.
  • Alih periuk dari dapur dan masukkan periuk ke dalam periuk elektrik.
  • Kacau sedikit dan masukkan daun pandan yang disimpul.
  • Apabila nasi hampir masak...titikkan pewarna kuning dan gaul perlahan nasi tadi.
  • Apabila nasi sudah masak bolehla di masukkan kismis dan gajus dan hiaskan dgn bawang goreng.
Siap Nasi Minyak Gulai Daging Cap Ros...all the way from Ankara.Kalau di tempat saya di Terengganu kami makan nasi minyak ni selain dari acar mentah,kami juga makan dgn acar masak dan sambal belacan masak...sambal belacan masak tu saya belum habis kecek resipi dengan Che Long Nasi Minyak kat Dungun tu lagi.heheh...Insyallah kalau saya dah balik ke Dungun,nanti saya kecek dengan Che Long camne nak buat sambal belacan masak...Saya tak la kenal sangat dengan Che Long ni tetapi memang dia kenal la kami anak beranak terutama anak teruna saya si Aiman kerana setiap kali melepak bernasi minyak...anak saya kalau 2 pinggan tu sikit..hehehe....jadi terkenal jugak la dgn Che Long ni...

Selamat Menjamu Selera dan Selamat Bercuti.... : )

With Love From Park Oran,Ankara.

12 comments:

  1. As salam Pah.
    1st time tgk rempah gulai cik ros ni.Alahai Pah...Sedapnya nasi minyak gulai daging,terliur sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norzie....kang kalau g terengganu singgah ler pasar mana cari rempah ni...heheh kat pantai barat ada kot tapi kedai2 je la kot...

      Delete
  2. tq babe..share resepi tu...aku leh cuba nanti gulai tu hehehehhe

    ReplyDelete
  3. sedapnya.nt boleh cuba.kat kl ni memang susah nk jumpe nasi minyok ganu.x sama.

    ReplyDelete
  4. Assalam. Mmg mencari2 resepi daging yg lain sket. Sbb biasanya masak kari dan rendang je. First time guna rempah ros ni. Mula2 takot jg. Bimbang hubby tak suka. Tp mmg sedap. Kena dgn tekak sy. Terasa rempahnya ble makan. Tak muak sbb tak perlu guna kerisik. Kalau dah siap tu seolah2 mmg sy letak kerisik. Gulai ni mmg sesuai dgn nasi minyak dan acar mentah.
    Terima kasih atas resepi ni.

    ReplyDelete
  5. salam sis...ngidam sgt makan nasi minyak dungun ni..dlu 2 tahun sy tinggal di Dungun...hari2 makan nasi minyak ...sedap....now da pindah ke malaka...ni ngidam nk makan nasi minyak sn pulak.sy tengah ngandung...boleh sis share sambal belasan masak che long tu....email kt sy pn blh...tniey1983@gmail.com terima kasih sis

    ReplyDelete
  6. Slm sis..dh dpt ke resepi sambal belacan masak che long

    ReplyDelete
  7. Slm sis..dh dpt ke resepi sambal belacan masak che long

    ReplyDelete
  8. Adussss.... sedap ngat wey. teringat terus terengganu. mkn pagi-pagi, pekena acar ngan sambal plop...merbeleousss

    ReplyDelete
  9. Hari ini rasa nak masak gulai daging cara terengganu.buka blog puan suriyanas.dlm nya ada menyebut kedai Che long di dungun.adakah orang yang sama dengan Che long yang saya kenal.dia ibu mertua saya.dan sambal nasi minyaknya memang sedap.dia menjual nasi minyak di kg bt48 jalan menghala ke paka.kalau betul orang yang sama sy nak bagitau beliau sudah meninggal tahun ini.terima kasih kerana menggemari masakan ibu mertua saya.

    ReplyDelete
  10. This is a wonderful article, Given so much info in it, These type of articles keeps the users interest in the website. The official Celebrity birthdays Android app features all of today's popular celebrities including actors, singers, and social media stars.

    ReplyDelete
  11. Salam sis dh dapat ke resipi sambal belacan che long tuu..share please

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...