Sep 20, 2012

Cek Mek Molek Pun Jadi La...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah nak masuk 2 minggu anak2 bersekolah dan seperti biasa hari-hari masak untuk sarapan,masak untuk tengahari dan juga masak untuk malam.Pendek kata kalau baju tu tak sempat kering kerana asyik berada tepi sinki saja.

Dua tiga hari yang sudah cik asben ajak temankan dia ke Doviz di Cankaya-Doviz tu money changer..tukar duit la....Semasa dia tukar duit Kak Pah cam biasa la merayap sekejap sementara menunggu.Suprisingly kali ni terjumpa ada kedai runcit di situ ada menjual ubi keledek.Depa panggil "Tatli patates"...mula2 ragu2 nak beli coz kadangkala ada jugak kes "Tipah Tertipu"...

Cerita ni berkaitan juga dengan ubi keledek yang actually saya beli jugak la hari tu semata-mata nak test betul ke tidak ubi tu ubi keledek....memang betul la ubi keledek.Niatnya nak buat "Cek Mek Molek" untuk sarapan dan bekal si Aisyah ke sekolah


Cek Mek Molek Ubi Keledek


Resipi untuk Cek Mek Molek yang Pah buat ni Pah google daripada MyResipi,resipi kepunyaan Makyong.Senang aja nak buat Cek Mek Molek ni rupa-rupanya...senang sangat2 kira tutup mata pun boleh buat dan tak banyak bahan yang diguna...Dan hasilnya sangat memuaskan hati coz kalau dibeli tu tepung yang lebih...kalau buat sendiri ni ubi yang lebih...Jom Kak Pah share resipi Cek Mek Molek oleh Makyong from MyResipi....

Bahan-Bahannya Ialah...:

2 cawan ubi keledek (yang telah di rebus dan dilenyek)saya tumbuk terus cepat sikit,lenyek-lenyek ni lenguh tangan...: )

1 cawan tepung gandum

Gula secukupnya

Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya ialah:-

1-Gaulkan ubi keledek yang sudah dilenyek tadi dengan tepung gandum sehingga menjadi doh lembut.

2-Bahagikan kepada 12 bahagian dan bentukkan bebola bulat.

3-Leperkan doh bebola bulat dan masukkan 1 sudu kecil gula (boleh dikurangkan gula jika tidak mahu terlalu manis)

4-Tutup rapat-rapat supaya gula tidak terkeluar semasa menggoreng.

5-Panaskan minyak dan goreng hingga bertukar warna keemasan dan boleh la di angkat.

Cek mek molek ni sebenarnya Kak Pah buat malam,keesokkan paginya tu Kak Pah cuma masukkan dalam microwave hangatkan balik buat bekal si Echah ke sekolah.

Rasanya selepas pulang ke tanah air nanti tak perlu la beli kuih cek mek molek ni,juat buat sendiri sudah la,sebab senang sangat-sangat..kalau di tanahair sekarang ni kalau beli kuih pun dah 5 ketul RM2.00 kan..kan...maybe ada area lagi mahal pun tak tahu la...

Oh ya sebelum akak close entry kali ni..ni bukan nak promote tapi hati ni terpanggil-panggil untuk masukkan link ni dalam entry Kak Pah yang tak seberapa.Blogger ni kan actually dah femes meletop pun di media tempatan di Malaysia,cuma Kak Pah je yang tak tahu perkembangan di tanahair,tetapi sebagai seorang wanita akak asyik teringat-ingat pengorbanan seorang suami ni yang begitu mencintai sang isteri walaupun sang isteri sakit terbaring.Kak Pah berharap sedikit sebanyak disebabkan jasa dan keperibadian beliau ni dapat kita semua contohi dalam kehidupan kita sehari-hari....Ni dia linknya klik ler kat sini SUAMI MITHALI

Apa-apa pun sama-sama la kita menjadi manusia yan perihatin tu jer..jangan terlampau mementingkan diri sendiri....



Sep 8, 2012

Taufu Telur Goreng Tomyam dan Cuti-Cuti Musim Panas 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua teman-teman dan juga pembaca.Sebenarnya  sudah agak lama saya tidak mengemaskini dan mengupdate blog saya.Semuanya adalah gara-gara cuti musim panas di Turki yang agak lama iaitu diantara bulan Jun sehingga bulan August yang sudah.Dan semesti saya dan keluarga keluar dari Turki bercuti ke beberapa negara Eropah diikuti pulang ke tanahair untuk menjalani ibadat puasa dan juga berhari raya di tanahair bersama keluarga di tanah air tercinta dan hanya kembali ke Turki pada 2 minggu yang sudah dan tugas sebagai surirumah bermula lagi.

Selama berada di tanah air saya berkesempatan berkunjung ke beberapa buah kedai buku ternama di Malaysia dan membeli beberapa buah buku masakan melayu dan pelbagai yang saya balik ke Turki sebagai rujukan untuk saya memenuhi menu anak-anak dan keluarga.Salah sebuah buku yang menarik minat saya untuk mencuba adalah hasil nukila Chef Hanieliza iaitu Penambat Selera 50 Hidangan terbitan PTS Millenia Sdn Bhd.Rasanya tak perlu saya ceritakan la siapa Chef Hanieliza kerana kebanyakkan rakyat Malaysia pasli mengenali siapa beliau.Saya pernah juga mencuba beberapa resipi daripada Chef Hanieliza sebelum ni dan apa yang boleh saya komen resipi beliau senang dan ringkas tanpa perlu menyediakan bahan-bahan yag rumit....

Resipi pertama daripada buku 50 hidangan yang dicuba baru-baru ini setelah berada di Turki adalah Taufu Goreng Tomyam buat santapan anak-anak dan suami baru-baru ini...: )


TAUFU GORENG TOMYAM

Resipinya adalah : -

Bahan A :

3 batang taufu/tauhu telur  (dipotong 2)
5 batang kacang buncis (dipotong pendek)
1 batang kecil lobak merah (dipotong kecil)
1 pokok daun ketumbar (dipotong pendek)
3 helai daun limau purut (dikoyakkan)
1 cawan minyak masak
1 kiub pes tomyam
1/2 cawan air
garam secukup rasa

Bahan B:

1 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 batang serai (diketuk)
10 biji cili api (diketuk)

Cara-cara membuatnya adalah :

  1. Panaskan minyak dan gorengkan taufu telur sehingga garing.Angkat dan masukkan dalam pinggan.
  2. Tinggalkan separuh minyak dan tumiskan bahan B terlebih dahulu dan kacau rata hingga naik bau.
  3. Masukkan pes tomyam,garam dan air,biarkan mendidih.
  4. Masukkan daun limau purut,kacang buncis dan lobak merah.
  5. Apabila mendidih,barulah kita masukkan taufu yang sudah digoreng tadi ke dalam kuali.Tutup api.
  6. Taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidangkan.
Semenjak tiba di Ankara setelah 2 bulan kami meninggalkan rumah inilah pertama kali tangan ini memasak.Betul la kata orang tua-tua setelah menjadi isteri dan surirumah jangan terlalu lama membiarkan dapur tak berasap nanti skill hilang.

Oh ya....cuti-cuti musim panas baru-baru ni kami berkesempatan berkunjung ke beberapa negara di Eropah dan boleh saya katakan cuti-cuti yang agak panjang dan memenatkan buat anak-anak2 tapi kesudahannya masing-masing berpuas hati kerana banyak juga tempat2 menarik di sekitar German,Itali,Perancis dan Monaco yang sempat kita kunjungi dan menjadi kenangan manis buat kami sekeluarga


Our Car Hired from Hertz in Munich Germany.Kami start our journey from Munich dan drive down to Innsbruck and spend 3 nites 2 days in Innbruck Australia.Terima kasih kepada GPS TomTom for making this trip the memorable ones for us


Proud being Malaysia.Ke mana saja kami pergi bendera kebanggaan senantiasa berada di dalam luggage kami.


Breathtaking view in Innsbruck.Perkampungan Axams di mana kami menginap.Saya sungguh teruja di sini kerana cuaca yang nyaman,bersih and hijau dikelilingnya.Kalau boleh nak duduk dan tinggal di sini.Sepatutnya kami hanya bermalam 2 malam sahaja,tapi nampak gaya macam semua orang tak mahu berganjak so my husband extended our stay here up to 3 nites to make everyone happy..


Another view from Axams to Innsbruck town


How creative orang-orang disini.Paip bomba.My kids love paip bomba ni.





Jun 4, 2012

Antik-Sekadar Hobi Sempena Mengenang Zaman Dulu-Dulu....

Semenjak bila ya Kak pah suka antik-antik ni?Tak tahu pun..ye la low profile.Tapi saya memang suka apa sahaja barang-barang lama..filem2 lama(paling suka P.Ramlee)...

Masa kat Malaysia pun selalu berkunjung ke Pasar-pasar Antik di Malaysia.Kak Pah dengan suami suka barang-barang lama tapi tidak sampai hard-core kata orang..ada juga yang kami kumpul sikit...In fact,sebelum datang ke Turki ni pun suami selalu ke luar negara and from there mana-mana cenderhati yang dia suka dia mesti beli bawak balik rumah.....


Dulu bila suami ke luar negara..barang2 camni la dia suka bawak balik umah.Tu dulu sebelum saya sendiri ikut dia datang sini,biasanya barang2 macam ni dia simpan dalam beg..pasal saya tak suka sangat benda2 kecik2 sebab tak tahu menilai...tapi semenjak ikut dia ke sini...slowly dah jatuh minat mengumpul cendermata2 kecik macam ni...ntah la tiba2 jer menjak duk sini...maybe pasal saya takde mende nak dibuat kot....



Sudu Garfu kecik macam ni rasanya berpuluh ada dalam simpanan,ada yang display ada yang simpan...sebelum balik Malaysia next year saya plan nak masuk frame alas dengan baldu siang-siang dari sini..sampai Malaysia,kontena sampai jer ambik gantung jer kat dinding..jenuh nak menyusun banyak2...


Sebahagian daripada piring-piring kecik..dan glass kecik tu depa panggil "shot glass"...tapi just for display buat kenangan tempat-tempat yang kami pernah singgah...


Cawan-cawan kecik European yang saya beli sikit-sikit..sebab semasa saya mengunjungi Kutahya di Turki,kami singgah di Muzium Porselen di Kutahya..saya rasa di dalam tu beratus cawan2 kecik macam ni daripada era-era berlainan di dunia...sungguh cantik walaupun sekadar hiasan di muzium...


My display table-ni pun bukan baru yer...semua lama punya yang kami cari di Ulus tempat perabot antik dan terpakai...masih lagi cantik dan elok..takde masaalah.Quality dia pun cantik...berat lagi kayu apa saya tak tahu tapi meja ni masa saya beli 4 orang angkat...hehehe....


Table Lamp Ottoman-ni baru...kot2 sapa2 berminat ni untuk dijual juga...tapi bila kami pindah balik Malaysia ler dia punya delivery...sekali jalan masuk kontena time kami nak pindah...Banyak warna...


Kotak kayu ni kami beli semasa kami ke Gordion...tak tahu la nilai antik ke tidak...tapi kami suka dia punya bentuk...boleh letak kunci dan bil-bil kecik...


Teko trademark London...beli kat sana ler...
Jam porselen tu Royal Delft from Holland






Display sementara...nanti akan dibungkus bawak balik ke Tanahair.


Baru dan Lama...


Ada jugakkkk...Poland Kristal-ni bukan saya punya...betul..suami saya yang punya ni...hik hik





Silver plated jer la...bukan silver betul la....ni pun dapat daripada Pasar Antik di Ankara dan murah aja....


Saya peminat serving dish..dah ada la dalam simpanan sikit2 baru dan lama...but this Tureen's age was around 70's years old...Very nice condition,another addition to my serving dishes...balik esok sedara mara datang lepak2 masak2 boleh pakai lagi ni...


Replika Kapal Sinop ni memang lama...pun dapat daripada kedai antik di Ulus Ankara...suami dan anak bujang saya suka-suka2 sangat dengan replika kapal ni....balik esok tak tahu mana nak letak...sekarang ni landing dulu kat atas lemari...papan terjuih kat tapak tu pun nak kena potong sikit....nanti boleh repair and restore mana2 yang patut...



Diantara yang saya beli daripada pasar antik di ankara.






Last and not least...yang ni pun untuk di jual...kalau ada sesiapa yang berminat...boleh...

Selepas ni rasanya byk juga kot entry saya masukkan pasal apa2 2nd hand dan antik yang saya beli,sementara berada di Turki...


Jun 3, 2012

Padprik Sotong Pun Jadik Ler...

Minggu yang sibuk kerana ada tetamu dari Malaysia bertandang ke rumah.Walaupun hari-hari memasak,kebanyakkanya tak sempat nak ambik gambar.So minggu terakhir buat kami sebelum kami bercuti nak masukkan entry "Padprik Sotong".Lauk ni menjadi kegemaran anak-anak semenjak depa kenal apa itu Sotong...Actually resipi Padrik Sotong saya  tak pernah belajar mana-mana..cuma dulu semasa di Malaysia,selalu sangat p makan kedai TomYam so agak2 jer apa yang bahan-bahannya.Selepas beberapa kali try dan menjadik,of coz ler anak2 saya yang menjadi tukang komen tak berbayar...depa bagitahu ok,sedap...so saya setiap kali masak Padprik Sotong macam ni je la caranya setiap kali...Kalau orang tanya camne saya buat..saya just bagitahu cara saya jer...Tapi pakar-pakar masakan Siam mesti lebih arif kan..


PADPRIK SOTONG

Jom saya bagitahu camne saya buat Padprik Sotong ni.....

Bahan-Bahan...

1/2 kg sotong segar - cuci potong ikut suka (saya potong bulat)
3 biji bawang putih-tumbuk/blender
5 biji bawang merah-tumbuk/blender
1 biji bawang besar-mayang*
1 biji bawang putih-mayang*
1 batang serai-dititik*
3 helai daun limau purut-carik-carikkan*
2 batang kacang panjang-potong serong
1/2 batang lobak merah-potong serong
1/4 bahagian bunga kobis-potong ikut suka
4 biji padi-titik atau potong serong(optional)
1 sudu besar tomato puree-kalau takdak guna tomato sos maggi
1 sudu besar oyster sos
1 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil kicap manis
2 sudu besar cili giling.(cili boh pun ok)
Minyak untuk menumis

Cara-Caranya : -

-Panaskan kuali hingga minyak panas,tumiskan dahulu bahan-bahan yang bertanda (*) iaitu bawang besar,bawang putih yang di potong serong dan serai yg dititik dan cili api yg dititik.Apabila naik bau dan bahan tumis tadi sudah layu,barulah masukkan bawang putih,bawang merah yang diblender dan cili giling.Tumis hingga garing.

-Selepas bahan tumis garing dan naik bau,baru la masukkan tomato puree,oyster sos,kicap masin,kicap manis dan tumis sebentar...s

-Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong,jika kering boleh masukkan air sedikit,biasanya saya tak masukkan kerana by the time kita masukkan sotong, air sotong akan turun menjadikkan ia berkuah.

-Setelah sayur kita tadi agak-agak separuh masak baru la kita masukkan sotong,kecikkan api dan goreng hingga sotong masak.Perasakan dgn garam.

Jika suka boleh juga dashkan padprik tadi dgn sos ikan NamPla untuk menaikkan rasa dan bau padpriknya..tapi jgn banyak kerana sos ikan Nampla masin rasanya....

Angkat dah boleh hidang dengan nasi putih...Cewahhhh...senang jer kan heheh...kira boleh ler padprik ni coz masa mak mentua datang dia ada makan sekali...tak de le dia komen apa-apa..tapi dia tanya ler camne saya buat coz dia kata kadang2 tu boring asyik masak masakkan yang sama jer selalu...dia nak try buat sendiri jugak kot....

This is my way of cooking Nasi Padprik.

Jom tengok apa tetamu kita buat atas meja makan kat umah saya sessi makan-makan nasi padprik dan juadah yang lain2 saya sediakan.

Sesi makan cokodok dulu..ok yang baju putih tu ler suami saya,kami semua tersadai di Ankara sebab dia ler,kalau tak kerana dia,sekarang ni mesti saya tengah tulis entry pasar berniaga pasar malam...hehehe....


Huh...Ni Sambal Telur Kicap-mak saya punya resipi ni...sedap jugak ni..nak ke resipi nya?senang jer ni....


Aish...ni Padprik Sotong yang gambar pertama tu ler...nak hidang kat tetamu siap decorate cantik lagu tu takde maknanya la..sapa-sapa mai duk umah saya haaa...cedok sendiri atas meja..protokol2 takde maknanya kat umah saya coz saya rock jer memanjang...haha...



Bersyukur dengan rezeki pemberian Allah..apa yang ada kita share ramai-ramai dgn hati yang ikhlas kerana pada saya,setiap tetamu yang datang bertandang dan kita hidangkan sesuatu sebelum mereka balik sesungguhnya rezeki kita akan bertambah-tambah murah....amin....

So agak-agak ada sapa-sapa lagi nak datang Ankara?Boleh ler singgah umah kami yang tak seberapa ni...insyallah kawan-kawan saya akan jaga sebagaimana ibu kawan-kawan jaga anda sewaktu anda kanak2 dulu...insyallah...




May 29, 2012

Nasi Minyak Gulai Daging Cap Ros

Selamat Pagi Semua...Selamat bercuti kepada anak-anak..Mana-mana yang balik kampung sempena cuti sekolah tentu seronok...kerana saya pada suatu ketika dahulu pun begitu jua...

Orang-orang di Ankara semuanya sihat..heheh..tapi anak-anak kami masih lagi bersekolah.Ada lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk anak2 kami bersekolah.13hb June adalah hari terakhir untuk anak2 saya bersekolah,lepas tu cuti panjang..Semester untuk persekolahan akan datang will be on next September...Hehehe...Lama dekat-dekat 3 bulan lepas tu kami start dengan semester baru.

Cuti lama-lama sudah semestinya kami tidak akan berada di Ankara.Saya dah plan nak bawak budak2 saya menghala ke Eropah,selama 37hari,kami akan berada di merata-rata tempat di Germany,Italy dan juga Perancis.

Tapi hari ni kita layan Nasi Minyak Gulai Daging Cap Ros dulu ye.Sebabnya dah lama sangat tak pekena Nasi Minyak Gulai Daging.Sewaktu kami di Malaysia,antara aktiviti cuti sekolah adalah balik ke kampung di Dungun dan setiap pagi adalah aktivi lepak di Gerai Nasi Minyak Che Long,di Jalan Batu 48 Dungun....kali ni Kak Pah masak sendiri je la...anak2 pun dah tanya bila nak buat nasi minyak ni...

Kenapa Gulai Cap Ros? Cap Bunga Tahi Ayam takde ke..heheh...mana ada...Seingat-ingat saya la...Rempah Gulai Cap Bunga Ros ni dah famous dari saya kecik-kecik lagi.Mak saya,mak saudara saya...kebanyakkannya akan guna Rempah Gulai Cap Ros ni la setiap kali nak mnggulai ayam dan daging.



Dua paket rempah yang berlainan jenis..gambar petama tu adalah rempah gulai dan rempah kedua tu adalah rempah masak.Mak saya bagitahu...Nak masak gulai dua jenis rempah ni mesti ada.Sudah tentu anda kalau nak try instruction nisbah kedua-dua rempah ni ada di belakang paket ni...senang je kan.Tapi untuk sekilo daging or ayam kalau menggulai saya lebih suka pakai 2 paket rempah gulai(gambar pertama)+1 paket rempah masak(gambar kedua) sebab kami makan gulai suka kalau rempahnya terasa.

NASI MINYAK GULAI DAGING REMPAH CAP ROS


Haaa..tu dia dari dua sudut pandangan berbeza...siap dengan Popadom lagi..Jangan tanya kat mana dapat Popadom tu..


Jom kita tengok camne saya menggulai daging guna rempah cap ros ni... : )

Bahan-bahan untuk Gulai Daging ( I kilo daging )
  • Daging 1 kilo ( saya guna daging batang pinang cepat lembut )
  • 10 ulas bawang merah ( nak tambah pun boleh tgk pada keadaan bawang tu le) *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1/2 inci lengkuas*
  • sedikit kunyit hidup ( saya guna 1/2 inci )*
( Kesemua bahan yang bertanda * hendakkan dikisar hingga lumat )
  • Cili Boh/Cili Kering blender secukupnya (saya guna 1 senduk cili boh)
  • Sedikit asam jawa (perah untuk air asam jawa)
  • Santan pekat 400ml (saya guna santan ready made dalam tin 400ml)
  • 1 cawan air bergantung kepada kepekat kuah...
  • Rempah Gulai Cap Ros 2 paket kecil (berat 12gm/sepeket)
  • Rempah Masak Cap Rose 1 paket kecil (berat 12gm/sepeket)
  • Minyak secukupnya untuk menumis....(saya guna 1/2 cawan)
  • Rempah 3 sekawan-Kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang untuk menumis.
  • 3 biji ubi kentang (belah 4)
Cara-cara menggulai : -
  1. Kesemua bahan yang diblender kita kita campurkan dengan rempah gulai dan rempah masak didalam satu bekas.Sebatikan adunan rempah dgn adunan blender.
  2. Kemudian guna 2 sudu besar adunan rempah untuk perapkan daging selama 15 minit.
  3. Sambil tu panaskan periuk dan masukkan minyak untuk menumis,tunggu hingga minyak betul-betul panas/pijar.
  4. Masukkan rempah 3 sekawan dahulu dan tumis hingga naik bau.
  5. Selepas itu masukkan kesemua adunan rempah dan juga cili boh dan tumis hingga betul-betul garing dan pecah minyak.
  6. Selepas pecah minyak baru la di masukkan air asam jawa dan tumis sebentar.
  7. Masukkan daging yg diperap dgn rempah tadi dam masak sehingga turun air daging..agak2 daging separuh masak boleh la di masukkan santan dan kacau rata.
  8. Perasakan dengan garam,gula(jika suka) dan serbuk perisa ajinomoto(jika suka)
  9. Masakkan sehingga daging empuk.Jika kuah terlampau pekat boleh la ditambah air mengikut kepekatan yang disukai dan masukkan ubi kentang.
So senang je kan..tapi itu adalah cara saya..rasanya ada perbagai cara untuk menggulai..sebenarnya tak la sesusah mana nak menggulai ni..kan..kan..kan...Selamat Mencuba...

Untuk Nasi Minyak...very simple sebenarnya tapi saya cuba Mrs Dayat punya resipi nasi Minyak from Myresipi.Semua bahan-bahan dan cara-cara adalah sama kecuali resipi asal menggunakan cara tumis darat iaitu mendidihkan air terlebih dahulu dan tumis bahan2 tumis berasingan,tapi saya guna periuk yang sama tumis kesemua bahan,masuk susu,air dan beras...gitu aja..So cara-caranya adalah seperti berikut: : -

Nasi Minyak
  1. 4 cawan beras basmathi - cuci bersih dan toskan airnya.
  2. 6 cawan air - mengikut jenis beras,tapi saya guna 6 cawan pasal Ankara suhu dia kering,kalau tak keras ler jawabnya)
  3. 1-2 biji bawang besar (mayang/hiris)
  4. 3-4 biji bawang putih (mayang/hiris)
  5. 2 inci halia(mayang/hiris)
  6. 1 cawan susu cair (saya guna 2 cawan fresh milk-Ankara takdak susu cair : ( 
  7. Sedikit minyak sapi untuk menumis.
  8. Sedikit pewarna kuning
  9. Sedikit kismis kuning dan gajus (saya tak guna pun instead saya ganti dgn bawang goreng)
  10. rempah 3 sekawan ( kulit kayu manis,pelaga,bunga lawang)
Cara-cara : -

  • Guna kan periuk nasi elektrik di atas dapur untuk menumis.Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi untuk menumis.Panaskan minyak sapi hingga cair dan panas.
  • Masukkan rempah 3 sekawan tumis hingga naik bau...baru la masukkan bawang besar,bawang putih dan halia yang telah dihiris tadi.Tumis kesemua bahan hingga naik bau dan layu ala-ala garing sedikit.
  • Selepas itu barulah masukkan susu cair dan tumis lagi,baru la masukkan air
  • Perasakan dengan garam,gula.rasa dahulu,sekira nya garamnya terasa dilidah barulah masukkan beras yang sudah dicuci dan ditoskan tadi.
  • Alih periuk dari dapur dan masukkan periuk ke dalam periuk elektrik.
  • Kacau sedikit dan masukkan daun pandan yang disimpul.
  • Apabila nasi hampir masak...titikkan pewarna kuning dan gaul perlahan nasi tadi.
  • Apabila nasi sudah masak bolehla di masukkan kismis dan gajus dan hiaskan dgn bawang goreng.
Siap Nasi Minyak Gulai Daging Cap Ros...all the way from Ankara.Kalau di tempat saya di Terengganu kami makan nasi minyak ni selain dari acar mentah,kami juga makan dgn acar masak dan sambal belacan masak...sambal belacan masak tu saya belum habis kecek resipi dengan Che Long Nasi Minyak kat Dungun tu lagi.heheh...Insyallah kalau saya dah balik ke Dungun,nanti saya kecek dengan Che Long camne nak buat sambal belacan masak...Saya tak la kenal sangat dengan Che Long ni tetapi memang dia kenal la kami anak beranak terutama anak teruna saya si Aiman kerana setiap kali melepak bernasi minyak...anak saya kalau 2 pinggan tu sikit..hehehe....jadi terkenal jugak la dgn Che Long ni...

Selamat Menjamu Selera dan Selamat Bercuti.... : )

With Love From Park Oran,Ankara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...