Dua tiga hari yang sudah cik asben ajak temankan dia ke Doviz di Cankaya-Doviz tu money changer..tukar duit la....Semasa dia tukar duit Kak Pah cam biasa la merayap sekejap sementara menunggu.Suprisingly kali ni terjumpa ada kedai runcit di situ ada menjual ubi keledek.Depa panggil "Tatli patates"...mula2 ragu2 nak beli coz kadangkala ada jugak kes "Tipah Tertipu"...
Cerita ni berkaitan juga dengan ubi keledek yang actually saya beli jugak la hari tu semata-mata nak test betul ke tidak ubi tu ubi keledek....memang betul la ubi keledek.Niatnya nak buat "Cek Mek Molek" untuk sarapan dan bekal si Aisyah ke sekolah
Cek Mek Molek Ubi Keledek
Bahan-Bahannya Ialah...:
2 cawan ubi keledek (yang telah di rebus dan dilenyek)saya tumbuk terus cepat sikit,lenyek-lenyek ni lenguh tangan...: )
1 cawan tepung gandum
Gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng.
Cara-caranya ialah:-
1-Gaulkan ubi keledek yang sudah dilenyek tadi dengan tepung gandum sehingga menjadi doh lembut.
2-Bahagikan kepada 12 bahagian dan bentukkan bebola bulat.
3-Leperkan doh bebola bulat dan masukkan 1 sudu kecil gula (boleh dikurangkan gula jika tidak mahu terlalu manis)
4-Tutup rapat-rapat supaya gula tidak terkeluar semasa menggoreng.
5-Panaskan minyak dan goreng hingga bertukar warna keemasan dan boleh la di angkat.
Cek mek molek ni sebenarnya Kak Pah buat malam,keesokkan paginya tu Kak Pah cuma masukkan dalam microwave hangatkan balik buat bekal si Echah ke sekolah.
Rasanya selepas pulang ke tanah air nanti tak perlu la beli kuih cek mek molek ni,juat buat sendiri sudah la,sebab senang sangat-sangat..kalau di tanahair sekarang ni kalau beli kuih pun dah 5 ketul RM2.00 kan..kan...maybe ada area lagi mahal pun tak tahu la...
Oh ya sebelum akak close entry kali ni..ni bukan nak promote tapi hati ni terpanggil-panggil untuk masukkan link ni dalam entry Kak Pah yang tak seberapa.Blogger ni kan actually dah femes meletop pun di media tempatan di Malaysia,cuma Kak Pah je yang tak tahu perkembangan di tanahair,tetapi sebagai seorang wanita akak asyik teringat-ingat pengorbanan seorang suami ni yang begitu mencintai sang isteri walaupun sang isteri sakit terbaring.Kak Pah berharap sedikit sebanyak disebabkan jasa dan keperibadian beliau ni dapat kita semua contohi dalam kehidupan kita sehari-hari....Ni dia linknya klik ler kat sini SUAMI MITHALI
Apa-apa pun sama-sama la kita menjadi manusia yan perihatin tu jer..jangan terlampau mementingkan diri sendiri....
Salam orang jauh.. Akhirnya terjumpa dalam blogspot ni... hehehe. Seronok dapat baca blog ni. Rajin2lah update..
ReplyDeleteIts an incredible delight perusing your post.Its brimming with data I am searching for and I want to post a remark that "The substance of your post is wonderful" Great work.Search Twitter to find the latest news and world events faster. Find popular accounts to follow, like and share Twitter search.
ReplyDelete