Nov 16, 2012

Project Chocolate Chips La Pulak...


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman dan pembaca yang menyinggah ke sini hari ni.Lama juga tak update blog...takpe la ye, as long ada update walaupun sekali sekala,ada juga daripada takda..

Minggu ni saya nak share project terbaru saya semenjak saya menjumpai Coklat Chips di Ankara.The best part kat 1 pasaraya jer ada jual coklat chips ni,sebelum memang tak pernah jumpa...tapi camne nak citer ye...kat packet dia memang tulis Coklat Chips..tapi bentuk dia...camni...



tak samakan..anyway takpa janji coklat chip

So bila saya tahu coklat chip ni ada dijual di sini,apa lagi beli coklat chip ni few boxes and macam2 try resipi daripada kawan FB la..daripada blog yang dah femes dipasaran dan juga buku masakan...

Jadi entry kali ni saya share je la resipi Coklat Chip by Chef Amir...resipi ni sebenar saya dapat daripada majalah Saji keluaran khas Aidilfitri 2012 di mana beliau ada ruangan sendiri di majalah Saji iaitu "Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amir"...berkali-kali saya membaca tulisan beliau sebelum saya memberanikan diri mencuba resipi Coklat Chip beliau..bukan apa saya ni kalau bab-bab baking biskut mesti fail gerenti tak menjadi...hehehe...

Kira puas hati la kan kalau cubaan pertama menjadi kan....

Walllaaaa!!!Ni gambar cubaan pertama saya buat coklat chip cookies...apa rasa?HAPPYYYY sgt2 pasal menjadik..bukan senang beb...

Cerita banyak tak mau la...ini resipi dia....:-

BAHAN-BAHAN:-
250 gm mentega
70 gm gula halus
80 gm gula perang
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning (just the egg yolk)
60 gm kacang badam/walnut-dipanggang sebentar
40 gm oat -yang oat ni saya skip tapi saya ganti dgn badam/walnut
250 gm cip coklat

BAHAN AYAK
300 gm tepung
10 gm serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk penaik-ayak bersama
1/2 sudu kecil serbuk soda@soda bikarbonat
50 gm susu tepung
(Kesemua bahan ayak ni saya satukan,gaul-gaulkan bahan ni terlebih dahulu barula saya ayak)

CARA MENYEDIAKANNYA:-

1) Pukul mentega,gula,gula perang dan esen vanilla hingga sebati.
(Saya pukul dalam 5 minit jer tak perlu pukul hingga mentega kembang just sebati jer-sebab dia last nanti kat bawah saya akan copy balik apa yang baca dlm artikel chef amir ok)

2)Masukkan telur dan telur kuning,pukul lagi hingga sebati.
(ok step ni pun saya pukul dalam 5 minit jer,just sebatikan telur dan kuning telur jer)

3)Masukkan campuran tepung yang telah di ayak perlahan-lahan sambil di pukul.
(Ok step ni pun sama just sebatikan tepung dgn adunan pun dalam 5 minit jugak then saya offkan mixer)

4)Campurkan kekacang,oat dan cip coklat,lalu dimasukkan ke dalam adunan.
(Step ni saya hanya guna spatula untuk sebatikan adunan)

5)Gaulkan hingga sebati dan rata.

6)Sudukan adunan atau letakkan sedikit adunan di atas dulang yang telah di lengserkan dgn mentega.

7)Bakar di dalam oven/ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah Celcius selama 20 minit...

tips:actually tips ni saya dapat daripada salah seorang sahabat di facebook..."untuk mendapatkan coklat chip cookies yang lebih rangup,adunan yang siap dibancuh tu kita masukkan dalam peti ais selama 10-15 minit baru la dibakar".Dan saya telah mencuba kaedah tersebut acually it's not bad in fact memang betul lebih rangup daripada cubaan pertama saya.....

Jom layan foto-foto coklat chip saya....
Another satisfied reader of SAJI..tq Chef Amir for the lovely recipe.

Last but not least...jom baca keratan penulisan Chef Amir berkenaan biskut berasakan coklat...nak copy paste from majalah tak boleh so saya tulis balik apa yang saya baca ok.

RANGUP
Biskut rangup mengandungi cecair yang sangat rendah.Faktor berikut menyumbang kepada kerangupan biskut:-
  1. Kandungan cecair rendah dalam adunan,kebanyakkan biskut rangup dibuat daripada adunan yang agak keras.
  2. Kandungan gula dan lemak yang tinggi,ini membuat doh biskut boleh dibentuk walaupun kandungan cecair yang sedikit
  3. Dibakar dengan masa yang agak lama agar lebih banyak lembapan terpeluwap
  4. Saiz yang kecil dan nipis membuatkan biskut lebih cepat kering semasa pembakaran.
  5. Penyimpanan yang betul dan sempurna menghalang biskut masuk angin.
LEMBUT
Lembut merupakan lawan kepada rangup,jadi penyebabnya juga berlawanan:-
  1. Kandungan cecair yang tinggi
  2. Kandungan gula dan lemak yang kurang
  3. Madu,"molasses" atau sirap glukos,pemanis ini adalah bersifat menyerap lembapan persekitaran
  4. Kurang masa pembakaran
  5. Saiz yang besar dan tebal menyebabkan ia lembap
  6. Biskut mudah "lemau" jika tidak disimpan dalam bekas kedap udara.
KEMBANG
Kembang diperlukan bagi sesetengah biskut,beberapa faktor mempengaruhinya:-
  1. Kandungan gula yang tinggi menyebabkan biskut mengembang terutamanya penggunaan gula kasar berbanding gula halus atau gula aising
  2. Kandungan serbuk penaik yang berlebihan
  3. Proses memukul mentega dan gula yang lama menyebabkan byk gelembung udara dimasukkan ke dalam adunan
  4. Suhu ketuhar yang terlalu rendah
  5. Doh yang tinggi kandungan cecair
  6. Penggunaan tepung yang terlalu rendah kandungan protein.
Saya berharap apa yang saya share juga dapat memanfaatkan kawan-kawan semua kerana saya sendiri mendapati informasi daripada Chef Amir amat berguna...lepas baca 3 faktor di atas tu la baru saya faham kenapa saya bakar biskut tak pernah menjadi...

Well...end of my so call happy entry..with hope esok lusa ka..saya berjaya lagi mencuba resipi-resipi yang lain...

Wasallam...




Nov 3, 2012

Puding Roti Coklat Chip dan Malam Yang Panjang Di Ankara

Assalamualaikum w.b.t....

Sedar tak sedar...kita sudah menghampiri ke penghujung tahun 2012.Sedar tak sedar sudah 2 kali Musim Luruh saya lalui di bumi Ankara,sedikit waktu lagi musim sejuk akan bertandang di bumi Ankara dan bermula sudah malam yang panjang buat kami semua.

Letih owh letih apabila jam 5 petang bumi Ankara sudah gelap gelita.Masing-masing seperti mati kutu berada di rumah termasuk la anak-anak kesayangan saya.Ya la sebelum ni mereka dapat kelaur bermain-main di taman permainan sekarang semua melepak di hadapan televisyen termasuk la saya....

Disebabkan lama tak update blog malam ni apa salahnya update balik blog yang dah berdebu ni...sambil menunggu Puding Roti Coklat Chip saya masak.....Sambil-sambil tu saya updatekan resipi dan cara-cara membuatnya.Sebenarnya Puding Roti Coklat Chip ni saya dah selalu buat dan menjadi kegemaran anak-anak,cuma sebelum ni resepi ni saya ambil daripada buku NIGELLA KITCHEN by Nigella Lawson...cuma ada sikit kita ubah mengambil kira soal halal haram sebab resipi asal Nigella menggunakan rum di dalam resipi beliau,tapi saya skip bab rum tu...still tasty anyway.

Cuma saya terjumpa dalam blog Cik Mat Gebu ada juga Cik Mat pernah buat Puding Roti Coklat Cip ni...link Cik Mat Gebu yang saya maksudkan tu kat sini link dia http://www.tiffinbiru.com/2011/11/chocolate-chip-bread-pudding.html .Lebih kurang jer resipi nya,so malam ni saya try lak resipi Cik Mat Gebu untuk breakfast pagi esok.




This is the book I am talking about...



Resepi Puding Roti Coklat Chip di ms 142-143

Tapi malam ni it's all about my Puding Roti Coklat Cip saya la..of coz freshly bake from my oven but the resepi from Cik Mat Gebu....dan ini ler hasilnya dah siap masaknya kena tunggu betul2 sejuk dulu baru boleh potong by tomorrow...just nice la.



BAHAN-BAHANNYA :-

10 keping roti sandwich
500ml susu cair (pah guna fresh milk)
125ml double cream
3 biji telur gred A
40 gram gula perang(pah ikut CMG gak la guna 60gm)
1 camca teh esen vanilla
100 gram coklat chip
secubit garam
2 camca gula pasir

CARA-CARA MEMBUATNYA:-

1 ) Roti di potong kecil (pah potong 4 jer cam mat gebu buat) dan bakar dalam oven sekejap.(pah bakar selama 10 minit jer suhu 180 C).Lenserkan tin bulat 9 inci dgn mentega dan susun roti yang sudah dibakar tadi dan taburkan coklat chip.Ketepikan.

2 ) Di dalam bekas lain,satukan susu,double cream,gula perang,esen vanilla,garam dan telur,kacau rata sehingga gula perang hancur.Tuangkan ke dalam loyang berisi roti dan coklat chip tadi rata-rata.Seperti Cik Mat buat kena tekan-tekan sikit dan biar terserap....lebih kurang 20 minit gitu.

3 ) Selepas 20 minit gitu,baru la di tabur gula pasir dan dibakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 40 minit atau hingga masak...macam Pah punya oven ni...pah tambah lagi 15 minit extra.Pastikan betul-betul sejuk baru dipotong.

Jadi buat pembaca dan kawan-kawan yang singgah di blog saya ni,sekiranya ingin mencuba dipersilakan....

Sehingga di lain waktu hopefully saya mendapat kerajinan lagi untuk mengupdate blog ni,lately memang malas betul nak mengupdate blog....tapi rajin juga meneropong dan membaca blog kawan-kawan ala-ala silent reader gitu....

Afetosun...!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...