Tapi saya tak pandai masak pun,dalam banyak-banyak resipi yang dicuba ada yang menjadi ada yang tak menjadi.Tapi a friend from my Facebook used to tell me this "Alaaa..Pah,masak2 ni try and error jer"...so saya pun, kalau orang tanya saya camne saya tahu masak walaupun tak mahir sangat..itu ler jawapan yang saya berikan.
"Ibu masak apa hari ni?"-soalan normal semenjak jadi surirumah selama setahun ni.Dulu.."Ibu hari ni kita nak makan kat mana?'...always made me smile.Anyway saya labelkan "Ibu Masak Apa Hari Ni?"...sebab dah wajib soalan tu among my kids.So macam biasa la internet dan juga blog2 masakan la yang menjadi sasaran.
GULAI LEMAK TELUR AYAM
Resipi ni adalah ehsan daripada rakan-rakan Facebook saya iaitu Kak EnaZamri Rashid.Asalnya adalah GULAI LEMAK TELUR ITIK.tapi disebabkan saya kesukaran mendapatkan telur itik,saya menggantikan telur itik kepada telur ayam dan juga daun asam gelugur tu saya menggantikan dgn daun kunyit.
Resipinya :
5 biji telur itik (Saya guna 10 biji telur ayam-rebus dahulu dan buang kulitnya)
10 biji cili api merah (Saya guna 10biji cili api hijau + 10biji cili api merah)
1/2 inci kunyit hidup (Saya guna 1 inci kunyit hidup)
1 mangkuk santan (Saya guna 600ml santan pekat dlm tin + 200ml air suam)
Daun asam gelugur (Saya guna daun kunyit sehelai koyak2kan kecil2)
Garam secukup rasa.
Cara-caranya adalah :
Cili api dan kunyit hidup tumbuk hingga lumat.Masukkan cili api dan kunyit hidup ke dalam periuk satukan dengan santan yang sudah dicampur air and jerang atas api.Apabila mendidih pecahkan telur sebiji demi sebiji (kalau menggunakan telur itik) tetapi saya menggunakan telur ayam yang telah direbus keras jadi saya terus masukkan kesemua telur semasa kuahnya mendidih,masukkan garam and perasa,reneh sebentar masukkan daun asam jawa atau pun daun kunyit yang diracik.Kacau sebentar,sudah boleh dihidangkan.
Senang aja kan,tapi selama sejarah saya masak gulai lemak ni,rasanya la baru sekali ni la saya masak,masakkan gulai lemak ni minyak tak pecah.Biasanya mesti pecah minyak.Terima kasih banyak2 kepada Kak EnaZamri kerana berkongsi resipi di Facebook Albumnya.Yang seronok masak2 ni adalah bila suami dan anak2 tak komplen...it's good enough for me.